Tuesday, May 27, 2014

Siput Cadbury




Siput merupakan haiwan jenis moluska, kelas Gastropoda yang mempunyai cangkerang yang berputar. Siput tidak bertulang belakang (invertebrat). Siput mempunyai kulit cangkerang yang keras. Haiwan gastropoda lain yang tidak mempunyai cangkerang dikenali sebagai lintah bulan. Siput terdapat di air tawar, air masin, dan di daratan.

Siput Babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Di sesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan, malah dibuat sate.

Di MALAYSIA, Siput ini ditukar nama kepada Siput Cadbury agar lebih sopan dan sempena dengan Hasil kerja Cadbury Malaysia.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk coklat susu dengan kacang hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.

Di dalam media sosial tersebut memaparkan keputusan analisis porcine dikesan di dalam produk coklat susu dengan kacang hazel – Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati 3 sampel coklat Cadbury diambil untuk analisis porcine bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati 2 sampel dikesan mengandungi porcine iaitu:

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014.

ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan porcine.

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya.


Sehubungan dengan itu, kita dah boleh cuba tukarkan bahasa, agar nampak lebih sopan dengan tidak menyebut BABI dengan menukarkannya kepada CADBURY!

Contoh :- "hey babi" la tukar kepada "hey cadbury" sopan sikit.

ataupun :-


Wednesday, May 7, 2014

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.




Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Alhamdulillah rezeki. 💜✌ #Google #Adsense #April

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...